Tuesday, June 14, 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah : Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19



Jawatan: Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Gred : S19
Jadual Gaji :
Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan
RM 1,352.00 - RM 4,003.00 115.00 300.00
No Fail : SPA(K)/S/ 047
Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
kumpulan : Pelaksana
Deskripsi Tugas : Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-Kanak Terencat Akal, Rumah Orang-Orang Tua dan Asrama Anak Yatim.
syarat lantikan :
(a)
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00);  atau





(b)
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau





 (c)
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80)



(d)
Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   





UMUR
1.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan



2.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;

i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55  atau 56 tahun;

ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur   persaraan paksa 60 tahun.



TARAF JAWATAN : Tetap



PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.



2.
Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa



CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan :   24 JULAI 2016



CATATAN AM
1.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



2
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



3
Iklan ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016

No comments:

Post a Comment