Tuesday, June 14, 2016

SPA Kedah - Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

Jawatan: Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
Gred : JA29
Jadual Gaji :
Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan
RM 1,549.00 - RM 5,701.00 160.00 300.00
No Fail : SPA(K)/S/018 Bhg.3
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
kumpulan : Pelaksana
Deskripsi Tugas : Menyedia laporan teknikal serta pelan tata-atur bagi perancangan guna tanah serta menyelia kerja-kerja luar bagi membantu penyediaan laporan kajian rancangan pembangunan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
syarat lantikan :
(a)
(i)
Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau





(b)
(ii)
Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,935.02).





(c)
Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   



UMUR
1.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan



2.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;

i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55  atau 56 tahun;

ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur   persaraan paksa 60 tahun.



TARAF JAWATAN : Tetap



PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.



2.
Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa



CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan :   24 JULAI 2016



CATATAN AM
1.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



2
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



3
Iklan ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016

No comments:

Post a Comment