Tuesday, June 14, 2016

Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah

Jawatan: Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
Gred : S41
Jadual Gaji :
Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan
RM 2078.00 - RM 9544.00 300.00 300.00
No Fail : SPA(K)/S/ 051 Bhg.3
Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti/YDP Hal Ehwal Agama Islam dalam menjalankan kajian, penyelidikan dan cadangan penyelesaian ke atas isu-isu agama yang berbangkit serta mengurus pentadbiran Masjid Daerah.
syarat lantikan :
(a)
(i)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau





(b)
(ii)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh   Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86).





(c)
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   





(d)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(i)
mempunyai kelayakan di atas; atau

(ii)
lulus Peperiksaan Khas;  dan

(iii)
had umur pelantikan:



UMUR
1.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan



2.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;

i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55  atau 56 tahun;

ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur   persaraan paksa 60 tahun.



TARAF JAWATAN : Tetap



PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.



2.
Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa



CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan :   24 JULAI 2016



CATATAN AM
1.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



2
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



3
Iklan ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016

No comments:

Post a Comment