Tuesday, June 14, 2016

SPA Kedah : Penolong Pegawai Veterinar Gred G29

Jawatan: Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Gred : G29
Jadual Gaji :
Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan
RM 1,494.00 - RM 5,674.00 160.00 300.00
No Fail : SPA(K)/S/010 Bhg.3
Klasifikasi : Perkhidmatan Pertanian
kumpulan : Pelaksana
Deskripsi Tugas : Membantu mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan ladang-ladang ternakan dan rumah sembelihan, kaji selidik makmal serta khidmat nasihat kepada penternak-penternak dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar/Menolong Pegawai Veterinar bagi menjalankan program pembiakan, penyelidikan, kawalan penyakit, bedah siasat, pemprosesan spesimen, penyimpanan rekod penyelidikan dan rawatan haiwan.
syarat lantikan :
(a)
(i)
Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM1,494.00); atau





(b)
(ii)
Diploma dalam bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM1,923.06).





(c)
Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;



UMUR
1.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan



2.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;

i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55  atau 56 tahun;

ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur   persaraan paksa 60 tahun.



TARAF JAWATAN : Tetap



PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.



2.
Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa



CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan :   24 JULAI 2016



CATATAN AM
1.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



2
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



3
Iklan ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016

No comments:

Post a Comment