Tuesday, June 14, 2016

SPA Kedah - Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) Gred JA29

Jawatan: Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) Gred JA29
Gred : JA29
Jadual Gaji :
Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan
RM 1,549.00 - RM 5,701.00 160.00 300.00
No Fail : SPA(K)/S/011 Bhg.7
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
kumpulan : Pelaksana
Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan bangunan, jalan raya, dan merancang strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja.
syarat lantikan :
(a)
(i)
Sijil dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan   atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau





(b)
(ii)
Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,935.02).





(c)
Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   





(d)
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(i)
mempunyai kelayakan di atas; atau

(ii)
lulus Peperiksaan Khas;  dan

(iii)
had umur pelantikan:



UMUR
1.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan



2.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;

i)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55  atau 56 tahun;

ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan

iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur   persaraan paksa 60 tahun.



TARAF JAWATAN : Tetap



PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1.
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.



2.
Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa



CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my



TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan :   24 JULAI 2016



CATATAN AM
1.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



2
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya



3
Iklan ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016

No comments:

Post a Comment